top of page
IMGL8478.JPG

Rumah Peneroka

FELDA ADELA

Rumah Peneroka

Semenjak penubuhan FELDA Adela, banyak fasa perubahan rumah peneroka telah dilakukan hasil titik peluh peneroka sendiri.  Dari hanya sebuah rumah papan ditambah dengan berandar hadapan, kini perwajahan baharu rumah peneroka FELDA Adela dianggap sebagai satu indikator bahawa FELDA semakin maju dan semakin ke hadapan. Di FELDA Adela, 100% rumah telah diubahsuai mengikut citarasa pemilik . Dengan kesungguhan dan semangat seluruh warga Adela,  rumah peneroka telah ditukar kepada wajah perkampungan menjadi komuniti taman dan dilengkapi dengan infrastruktur yang baik dan terurus.

p1.jpg

100 %

Sistem Kumbahan Menggunakan Tandas Pam

p2.jpg

92 %

Sistem Perparitan di Kawasan Perumahan

p3.jpg

100 %

Rumah Mempunyai Tong Sampah Bertutup Bagi tujuan Kutipan Sampah

Penekanan Aspek

Penekanan diutamakan bagi penanaman pokok di atas tanah selaras dengan Dasar Penghijauan Negara.

​

Penanaman pokok yang menghijau dan penanaman rumput.

​

Mengelakkan penggunaan ‘hardscape’ yang berlebihan.

​

Bertukar-tukar benih tanaman sesama kawasan kejiranan dan pembersihan yang berterusan.

Rumah Peneroka

  • 100% rumah sudah dibesarkan

  • Rumah dicat dengan warna menarik dan baru

  • Pokok bunga pagar/hiasan dijaga dengan baik

  • Seni taman bertema mengikut kreativiti peneroka

​

  • Peti surat yang seragam di seluruh rumah peneroka.

  • Ada alamat peneroka bagi memudahkan

  • pencarian rumah

​

  • Pengurusan sistem kumbahan dan perparitan yang berfungsi dan tidak tersumbat.

  • Parit/longkang sentiasa berada dalam

  • keadaan bersih.

​

  • Ruang dalam dan luar rumah bersih dan ceria

  • Dinding rumah dicat dengan warna yang menraik dan baru.

​

  • Susun atur luar bangunan yang teratur

  • Ampaian baju yang tersusun dan kemas

  • Ada garaj kereta

IMGL8478.JPG
6.jpg

Rumah Contoh

Sahak's Cottage

Dengan bermodalkan sebanyak RM200,000 rumah ikonik ini  siap dibina sendiri oleh peneroka Eskhak Abdul Samad bersama isteri tercinta Zaidah Othman. Beliau mengambil masa selama 10 tahun untuk mendirikan rumah ini bak katanya, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.  Bila ditanya bagaimana mendapat idea untuk mendirikan rumah sebegini, beliau tertarik dengan rekaan rumah saudaranya ketika menetap di Indonesia ketika zaman remajanya. Bermula dari itulah beliau nekad untuk mendirikan rumah secantik ini. Rumah ini juga sering dijadikan rumah contoh dalam AKKF peringkat kebangsaan dan menjadi tumpuan ramai orang yang melawat FELDA Adela. Dengan jolokan nama Sahak’s Cottage, hiasan luaran dan dalamannya juga sangat menarik dan ceria.

bottom of page