

ADELA GO SOLAR
Ke Arah Gaya Hidup Lestari
APAKAH ITU "ADELA SOLAR"?
Bermula daripada saranan generasi baharu di bank idea 'Facebook' FELDA ADELA, ianya bertujuan menjadi nadi penggerak Adela Go Solar yang juga merupakan projek ekonomi dalam masa yang sama membantu kesinambungan kelestarian Adela sejak 2017.
SIAPAKAH 'ADELA SOLAR"?
Dianggotai oleh dua orang generasi baharu Adela bersama wakil kakitangan Pejabat Felda Adela iaitu:
-
Mustafa bin Hj Ahmad
-
Nor Raziham bin Md Tan
-
Muhammmad Faris bin Mustapha
Dipantau oleh KAF dan MPKK Adela
BAGAIMANA "ADELA SOLAR" BERFUNGI?
Menawarkan perkhidmatan konsultasi tenaga solar, penjualan peralatan cahaya bersumberkan solar, pemasangan dan penyelenggaraan.
FASA PERTAMA
Penggunaan solar di setiap pondok pengenalan blok dengan pencapaian 100%.
FASA KEDUA
Saranan 1 Rumah 1 Solar di setiap kediaman peneroka Adela dan sehingga 2020, 390 kediaman peneroka mempunyai lampu solar.


PERWANI
WANITA ADELA
Menyedari akan perlunya ada pelapis kepimpinan rancangan, Hjh Fatimah Yahaya selaku Pengerusi GPW Felda Adela mengambil langkah bijak dengan mewujudkan Persatuan Wanita atau lebih dikenali sebgai PERWANI pada tahun 2012. Kesedaran itu muncul apabila bermulanya penglibatan Adela secara serius di dalam AKKF.
​
Dianggotai seramai 25 orang, PERWANI Adela terdiri daripada anak peneroka dan juga menantu peneroka yang menginap di dalam rancangan. Kelibat mereka sentiasa berada di mana-mana majlis, keraian, gotong-royong, rewang kenduri, kerja kahwin dan sebagainya.
​
Diketuai oleh Rosidah Zaharal-lail, kecintaannya pada kesepakatan sangat tinggi kerana ibu bapa beliau sudah lama meninggal dunia dan beliau menyedari bahawa anak-anak yang harus meneruskan perjuangan peneroka di dalam rancangan.
​
Meraka diasah untuk menjadi pemimpin, menguruskan majlis, mengusahakan perkhidmatan makanan dan banyak lagi.
​
PERWANI akan terus berada di Adela sebagai peneraju pelapis kepimpinan rancangan dan bila sudah sampai masanya, mereka akan menjadi pemimpin rancangan yang sebenar.


STA
SEPAK TAKRAW ADELA
Sepak Takraw Adela (STA) telah tertubuh sejak sekian lama dan sehingga kini, ianya diteruskan kepada generasi kedua dan generasi ketiga Adela. Dengan mempunyai gelanggang sepak takraw yang telah dinaiktaraf, aktiviti sepak takraw merupakan sukan wajib setiap hari pada setiap petang dan malam.
​
STA berjaya mengumpul pelbagai lapisan generasi untuk sesebuah aktiviti yang
menyihatkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan warga Felda Adela seperti melepak, lumba haram, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Penggunaan gelanggang STA ini bukan sahaja mendapat perhatian warga Adela, bahkan gelanggang ini juga disewa oleh agensi/jabatan/badan luar rancangan seperti PDRM, PETRONAS dan sebagainya.


Apa Persamaan Adela Dengan Cameron Highland?
STRAWBERRY
Jika ditanya Pak Mas'ud dan Mak ani, peneroka blok A10 Adela ini gemar menanam strawberry. Dianggarkan terdapat 150 pokok strawberry yang ditanam di dalam pasu menjadikan rumah Pak Mas'ud sebagai tumpuan. Jika ditanya mengapa strawberry, jawabnya mudah. ''Sobab acik suko poie Cameron Highland!''.
​
Penanaman strawberry tidaklah serumit seperti yang disangka. Cukup sekadar betul cara tanaman, baja dan siraman maka pokok yang jarang dijumpai di tempat panas ini boleh tumbuh dan menghasilkan buah yang banyak.
​
Jika berbuah banyak, Pak Mas'ud pasti akan kongsikan gambar keluarganya di laman Facebook sedang menikmati Strawberry salut coklat.
​
Benih strawberry ini juga akan diagih-agih kepada ahli blok yang berminat dan jika anda mahu dapatkan juga, marilah ke Adela!