top of page

Lobster Air Tawar

Diusahakan oleh:

En. Abdullah@Atan

Bermodalkan RM5,000, peneroka Abdullah Sartan berani untuk memulakan perusahaan lobster air tawar beliau dengan membina kolam simen di halaman rumahnya. Bermula dengan minat, kini Pak Dollah telah mula mengeluarkan benih lobster untuk dijual.

lobster.jpg
baulu.jpg

Bahulu Comel

Diusahakan oleh:

Rahayu Abu Bakar

Sentiasa mendapat tempahan, kemahiran anak peneroka Rahayu Abu Bakar ini tidak asing lagi dalam pembuatan bahulu. Dibantu oleh suaminya, bahulu beliau sering mendapat tempahan terutama majlis perkahwinan, cenderahati dan sebagainya.

Walit Adela

Diusahakan oleh:

En. Salleh Saidon

Perusahaan Salleh Saidon bermula dari 10 tahun yang lepas, kini produk beliau telah berada di pasaran besar. Antara produk beliau adalah air minuman walit, set kecantikan walit dan pil makanan tambahan. Beliau kini sedang membuka kilang untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di Batu Pahat.

walit.jpg
madu kelulut.jpg

Kelulut Adela

Diusahakan oleh:

En. Abd Lah Saim Chik

Minat peneroka Abd Lah Saim Chik terhadap madu mendorong beliau dan isteri untuk menghasilkan sendiri madu kelulut di kawasan rumah, Bermula dengan 10 unit sarang kelulut, kini beliau sedang menambah lagi bilangan kerana mendapat permintaan yang memberangsangkan di dalam mahupun di luar rancangan.

Agro Perwani

Diusahakan oleh:

Perwani Adela

Dengan memanfaatkan kawasan kosong, PERWANI di bawah seliaan KAF telah mengambil inisiatif emas dengan menjalankan projek tanaman sayuran kontan seperti sawi dan bayam brazil. Projek ini menggunakan sepenuhnya saluran paip PVC untuk mengoptimumkan ruang iaitu tanaman secara bertingkat. Sebanyak 32 unit PVC bertingkat telah dibina. Hasil tanaman akan dijual di kedai sekitar Adela dan dimasukkan ke dalam tabung KAF. Selain daripada menjana ekonomi, projek ini dapat menarik minat generasi ketiga untuk turut serta bersama.

1.jpg
bottom of page